Thursday, October 15, 2009

Nikmatnya Malaysia.....

Salam semua,
Malam ini mood untuk tulis blog datang pulak..yela, kerja pun dah settle..Internet kat Havanita Hotel, Mersing ni lak laju...memang menambahkan lagi keseronokan untuk menaip ni... Kalau ikutkan hati tadi pas habis kerja terus nak pecut Hilux ke Shah Alam. Esok ada jamuan hari raya..juadah kambing bakar, chicken wings, mi kari dan banyak lagi la.. Tapi semuanya berubah dalam sekelip mata pas dinner nasi lemak sotong kat Restoran Masakan Cina Muslim tadi...Semuanya bertukar plan bila dapat mesej dari bos yang tertulis," Dah setel kerja apa lagi, esok naik bot gi Tioman la,tido semalaman. Buat 'site survey', enjoy.."..Memang sporting gila la bos aku ni.Apa lagi, "Panjang, bos dah bagi green light..amacam, nak lepak semalam lagi ke?" Nak kena tanya dia dulu sebab orang dah kahwin ni lain sikit..ada komitmen dan yang menunggu kat umah..Orang bujang cam aku ni lainla...hehe...Dah Panjang pun kata OK, kena plak esok claim masuk,apa lagi....Kebetulan aku dan dia tak pernah jejak ke Pulau Tioman..Boleh la menambah koleksi tempat menarik yang pernah dilawati di Malaysia. Bab kata Ben,"Nikmatnya Malaysia"....Pas makan kami terusla check-in di Hotel Havanita ni yang ternyata lebih murah berbanding Timotel Hotel yang kami duk semalam..Wifi sini pun lagi laju...

Sampai bilik hotel, aku terus ON laptop dan buka browser Opera...First sekali yang aku taip kat google ialah "Tiket ke Pulau Tioman"... Keluarla senarai ni,



Aku pun klik la kat website www.tioman.com.my...

 

Tengok welcome page die pun dah wat rasa tk sabar nak gi sana... Surf punya surf akhirnya dapatla maklumat yang aku cari..

 

 Tambang untuk kesana adalah RM35 sehala dan mengambil masa kira-kira 3 jam..Gila la, dulu gi Langkawi naik bot 45 minit pun dah rasa lama..Inikan pula 3 jam...Kena pikir dua tiga kali gak ni...Bukan nak gi bermalam kat sana pun, nak pergi jenguk dan survey tempat je pun...Takpela, esok pagi akan decide semula..Tapi tengok pada peti undi, 80% adalah undi nak pergi..hehe..Nekad2...mesti teruskan..Alang2 dah ada kat Mersing ni...Ni kalau Ina tahu, mati aku....mahu kena ceramah dekat sejam ni..hehe..Tak apa, ada mutiara kata yang mengatakan,"Lebih baik diam dari berkata2...".Lebih baik senyap dari bagitau..hihi..

Hmm, nampaknya nak kena berundur la plak..Badan rasa tak selesa, kena gi cari shower dan segarkan badan..Pastu kena merayap ke kedai Tujuh-Sebelas cari air Lembu Merah untuk kesegaran malam yang berterusan. Cerita pasal air Lembu Merah ni, ade la sedikit info nak dikongsi. Aritu masa pergi attend meeting di Telekom Perak, ada seorang pakcik ni bercerita tentang kawan dia yang berumur hampir 40-an. Kawan dia ni masa tu ada site nak kena supervise, direct 2 minggu berjaga di site dari pagi sampai malam. Jadi, taknak bagi mengantuk, dia pun amikla air Lembu Merah ni sebagai tonik untuk dia berjaga sampai malam. Hari2 amal minum tonik ni selama 2 minggu. Tak lama pas tu lebih kurang 3 minggu, dia buat medical check-up dan disahkan menghidap penyakit kencing manis. Terkejut la juga dengar, kuat betul penangan Lembu Merah ni...Pakcik yang bercerita ni pun bagitahula sebenarnya air tu dibuat dari ibu gula (gula pun ada ibu gak ek)..Atau dengan kata lain dibuat dari pati gula yang pekat la..Jadi, paham2 sendiri la kalu kerap sangat minum air camtu, memang tinggi risikonya jika diamalkan.....Taknak la muda2 dah kena penyakit kronik macam tu...Bahayo....Tapi aku biasa minum air ni bila travel atau outstation jauh2 je..yela, mengantuk woo drive malam 4-5 jam....Moga dijauhkan dari penyakit2 seperti itu...Moralnya, sila menitikberatkan soal pemakanan dan bercerewetla dalam memilih makanan supaya terjamin kesihatan kita...



 

Inilah encik Lembu Merah yang aku maksudkan......



Okla,kita jumpa lagi ye nanti.... Air dalam tab mandi dah penuh, tak sabar nak berendam....Bye....




No comments:

Post a Comment