Thursday, October 15, 2009

Nikmatnya Malaysia.....

Salam semua,
Malam ini mood untuk tulis blog datang pulak..yela, kerja pun dah settle..Internet kat Havanita Hotel, Mersing ni lak laju...memang menambahkan lagi keseronokan untuk menaip ni... Kalau ikutkan hati tadi pas habis kerja terus nak pecut Hilux ke Shah Alam. Esok ada jamuan hari raya..juadah kambing bakar, chicken wings, mi kari dan banyak lagi la.. Tapi semuanya berubah dalam sekelip mata pas dinner nasi lemak sotong kat Restoran Masakan Cina Muslim tadi...Semuanya bertukar plan bila dapat mesej dari bos yang tertulis," Dah setel kerja apa lagi, esok naik bot gi Tioman la,tido semalaman. Buat 'site survey', enjoy.."..Memang sporting gila la bos aku ni.Apa lagi, "Panjang, bos dah bagi green light..amacam, nak lepak semalam lagi ke?" Nak kena tanya dia dulu sebab orang dah kahwin ni lain sikit..ada komitmen dan yang menunggu kat umah..Orang bujang cam aku ni lainla...hehe...Dah Panjang pun kata OK, kena plak esok claim masuk,apa lagi....Kebetulan aku dan dia tak pernah jejak ke Pulau Tioman..Boleh la menambah koleksi tempat menarik yang pernah dilawati di Malaysia. Bab kata Ben,"Nikmatnya Malaysia"....Pas makan kami terusla check-in di Hotel Havanita ni yang ternyata lebih murah berbanding Timotel Hotel yang kami duk semalam..Wifi sini pun lagi laju...

Sampai bilik hotel, aku terus ON laptop dan buka browser Opera...First sekali yang aku taip kat google ialah "Tiket ke Pulau Tioman"... Keluarla senarai ni,



Aku pun klik la kat website www.tioman.com.my...

 

Tengok welcome page die pun dah wat rasa tk sabar nak gi sana... Surf punya surf akhirnya dapatla maklumat yang aku cari..

 

 Tambang untuk kesana adalah RM35 sehala dan mengambil masa kira-kira 3 jam..Gila la, dulu gi Langkawi naik bot 45 minit pun dah rasa lama..Inikan pula 3 jam...Kena pikir dua tiga kali gak ni...Bukan nak gi bermalam kat sana pun, nak pergi jenguk dan survey tempat je pun...Takpela, esok pagi akan decide semula..Tapi tengok pada peti undi, 80% adalah undi nak pergi..hehe..Nekad2...mesti teruskan..Alang2 dah ada kat Mersing ni...Ni kalau Ina tahu, mati aku....mahu kena ceramah dekat sejam ni..hehe..Tak apa, ada mutiara kata yang mengatakan,"Lebih baik diam dari berkata2...".Lebih baik senyap dari bagitau..hihi..

Hmm, nampaknya nak kena berundur la plak..Badan rasa tak selesa, kena gi cari shower dan segarkan badan..Pastu kena merayap ke kedai Tujuh-Sebelas cari air Lembu Merah untuk kesegaran malam yang berterusan. Cerita pasal air Lembu Merah ni, ade la sedikit info nak dikongsi. Aritu masa pergi attend meeting di Telekom Perak, ada seorang pakcik ni bercerita tentang kawan dia yang berumur hampir 40-an. Kawan dia ni masa tu ada site nak kena supervise, direct 2 minggu berjaga di site dari pagi sampai malam. Jadi, taknak bagi mengantuk, dia pun amikla air Lembu Merah ni sebagai tonik untuk dia berjaga sampai malam. Hari2 amal minum tonik ni selama 2 minggu. Tak lama pas tu lebih kurang 3 minggu, dia buat medical check-up dan disahkan menghidap penyakit kencing manis. Terkejut la juga dengar, kuat betul penangan Lembu Merah ni...Pakcik yang bercerita ni pun bagitahula sebenarnya air tu dibuat dari ibu gula (gula pun ada ibu gak ek)..Atau dengan kata lain dibuat dari pati gula yang pekat la..Jadi, paham2 sendiri la kalu kerap sangat minum air camtu, memang tinggi risikonya jika diamalkan.....Taknak la muda2 dah kena penyakit kronik macam tu...Bahayo....Tapi aku biasa minum air ni bila travel atau outstation jauh2 je..yela, mengantuk woo drive malam 4-5 jam....Moga dijauhkan dari penyakit2 seperti itu...Moralnya, sila menitikberatkan soal pemakanan dan bercerewetla dalam memilih makanan supaya terjamin kesihatan kita...



 

Inilah encik Lembu Merah yang aku maksudkan......



Okla,kita jumpa lagi ye nanti.... Air dalam tab mandi dah penuh, tak sabar nak berendam....Bye....




My dream cars.....

Ini adalah senarai kereta yang kalau lalu kat jalanraya mesti aku takkan lepaskan peluang untuk tengok..
Tak boleh tahan beb....


Mitsubishi Lancer EVO....


 
Honda Civic Type-R

 
Nissan Skyline

 
Mitsubishi EVO


 
 Toyota Supra

Wednesday, October 14, 2009

Penat + letih = Happy + enjoy.....

  Sepanjang setahun aku bekerja di Leadcom, hari ini merupakan antara top 10 hari yang memenatkan dan banyak cabaran serta dugaan...Macam2 jadi kat site hari ini...Tibe2 plak sistem rectifier di SKDL Mersing nak bermanja2 dengan aku...Time ni la plak die nak meragam..dahla aku tak master sepenuhnya lagi tentang sistem ni..Testing dari pukul 12 tengahari sampai ke 8 malam dibuatnya...tapi ok la juga sebab test dua sistem....
Mujurla partner aku, Panjang ada sekali..Kalau tak jenuh gak aku nak melayan alat ni sorang2, dahla alat ni lebih tinggi dari aku...2 meter..aku baru 1.6 meter je..hehe...Tapi alhamdulillah walaupun banyak masalah yang timbul tapi segalanya berjalan dengan baik, sistem pun dapat up...Banyak juga benda2 baru yang aku belajar hari ini...Inilah yang orang kata "continuos learning" atau pembelajaran berterusan..Tak semestinya belajar itu hanya khusus di bilik kuliah...Terima kasih kepada Panjang, pihak Telekom dan installer yang banyak membantu menjayakan T&C ni...


 Rectifier sistem ini untuk bagi DC supply pada equipments Telekom
termasuk internet dan streamyx yang kita pakai hari ini.


Tapi yang lebih menyedihkan, alat pengukur yang kami guna,"clampmeter" pulak boleh hilang..Tak taula mana letaknya...Dahla harga cecah ribuan ringgit gakla, jenuh gak nak menjawab ngan bos..mujur bos jenis memahami...Sapela yang 'pinjam' tk pulang2 benda tu...

 
Inilah alat yang hilang tu..banyak jasa benda ni...

Akhirnya.......

Setelah sekian lama memendam hasrat, akhirnya ku berkesampatan jua untuk memberi sedikit ruang dalam kesibukan harian membuat sedikit coretan di blog ini. Sudah kekok rasanya untuk menyusun ayat dan mengarang kerana begitu lama tidak mengaplikasikan kemahiran itu sejak meninggalkan alam universiti....Namun, tanggal 14 Oktober 2009 di Hotel Timotel Mersing akan menjadi titik perubahan dalam diriku untuk memupuk minat mengarang, menulis atau menaip...Tarikh ini juga secara tidak langsung jatuh pada hari lahir ayahku yang tersayang. Selamat Hari Lahir ayah...Semoga dimurahkan rezeki, diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT selalu..Mujurla mak sms pukul 2 pagi tadi mengingatkan tentang hal ini.hehe...bukan lupa tapi tak ingat...Dah menjadi kebiasaan keluarga kami akan saling ingat mengingatkan pada ahli keluarga bila tiba hari jadi salah seorang daripada kami sebagai tanda ingatan untuknya....Kalau ada budget lebih, baru celebrate atau bagi hadiah...kalau tak, sekadar sms atau call sahaja...

Jam dah menunjukkan 5.20 pagi, mata masih tak mengantuk lagi ni...Esok ada 'test and commisioning' di exchange Telekom SKDL Mersing.  SKDL ni ialah singkatan bagi Sistem Kabel Dasar Laut. Kalau ada alat yang rosak, boleh effect sampai ke California...Memang nak kena buat betul-betul esok, tapi mata tak mahu pulak pejam-pejam.. Mesti sebab penangan air Lembu Merah ni...

Kang kalau tak tido, tiba-tiba mengantuk tengah testing esok lagi bahaya...Tak apala,mahu tak mahu kena paksa gak mata ni. Dah mula menaip ni nanti tak nak berhenti pulak..Hehe...Untuk permulaan ni,mungkin sampai sini jela..Doakan semoga saya istiqamah dalam menulis blog ni...Selamat malam/pagi semua pembaca...

Salam.

-カマル-