Wednesday, October 14, 2009

Akhirnya.......

Setelah sekian lama memendam hasrat, akhirnya ku berkesampatan jua untuk memberi sedikit ruang dalam kesibukan harian membuat sedikit coretan di blog ini. Sudah kekok rasanya untuk menyusun ayat dan mengarang kerana begitu lama tidak mengaplikasikan kemahiran itu sejak meninggalkan alam universiti....Namun, tanggal 14 Oktober 2009 di Hotel Timotel Mersing akan menjadi titik perubahan dalam diriku untuk memupuk minat mengarang, menulis atau menaip...Tarikh ini juga secara tidak langsung jatuh pada hari lahir ayahku yang tersayang. Selamat Hari Lahir ayah...Semoga dimurahkan rezeki, diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT selalu..Mujurla mak sms pukul 2 pagi tadi mengingatkan tentang hal ini.hehe...bukan lupa tapi tak ingat...Dah menjadi kebiasaan keluarga kami akan saling ingat mengingatkan pada ahli keluarga bila tiba hari jadi salah seorang daripada kami sebagai tanda ingatan untuknya....Kalau ada budget lebih, baru celebrate atau bagi hadiah...kalau tak, sekadar sms atau call sahaja...

Jam dah menunjukkan 5.20 pagi, mata masih tak mengantuk lagi ni...Esok ada 'test and commisioning' di exchange Telekom SKDL Mersing.  SKDL ni ialah singkatan bagi Sistem Kabel Dasar Laut. Kalau ada alat yang rosak, boleh effect sampai ke California...Memang nak kena buat betul-betul esok, tapi mata tak mahu pulak pejam-pejam.. Mesti sebab penangan air Lembu Merah ni...

Kang kalau tak tido, tiba-tiba mengantuk tengah testing esok lagi bahaya...Tak apala,mahu tak mahu kena paksa gak mata ni. Dah mula menaip ni nanti tak nak berhenti pulak..Hehe...Untuk permulaan ni,mungkin sampai sini jela..Doakan semoga saya istiqamah dalam menulis blog ni...Selamat malam/pagi semua pembaca...

Salam.

-カマル-

3 comments: